Ciri Link to Windows membolehkan peranti Android diakses terus daripada sebuah komputer Windows. Bukan sahaja peranti boleh diakses malahan mesej boleh dibalas, telefon boleh dijawab dan fail boleh dipindahkan rentas platform dengan ciri ini. Tetapi selama ini ia hanya boleh digunakan oleh peranti Samsung dan Surface sahaja.
Baru-baru ini lama sokongan Phone Link telah dikemaskini menunjukkan peranti Oppo, OnePlus, Realme dan Honor juga kini disokong. Peranti yang disokong pada waktu ini ialah siri Honor Magic4 Pro, semua model OnePlus, semua siri Oppo Find, semua siri Oppo Reno dan semua model Realme.