Carian
X Akan Menambah Akses Pantas Ke Grok – Sokongan Ala ChatGPT
November 21, 2023 Aman

Elon Musk sedia memperkenalkan syarikat memfokuskan kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan xAI. Produk pertama dibawahnya adalah sebuah bot kecerdasan buatan tersendiri, dinamakan Grok.

Grok menawarkan ciri seperti ChatGPT yang memberikan jawapan kepada pelbagai pertanyaan. Memandangkan ia turut dilatih menggunakan data platform X (Twitter), maka ia turut boleh memberikan info masa-nyata dan terkini berbanding pelbagai platform lain.

Grok buat masa ini masih pada peringkat beta tertutup, dan akses diberikan terhad kepada beberapa pengguna terpilih – dan memerlukan langganan X Premium+ untuknya, pada harga RM70 sebulan.

Melalui versi pembangunan X terbaru, ia dilihat Grok juga akan diintegrasikan terus ke X, dan pengguna boleh berinteraksi terus dan mendapatkan pelbagai bantuan – tanpa perlu meninggalkan media sosial X.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Grok akan ditawarkan kepada semua pengguna seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Komen