Cari @ Amanz

OpenAI sedang bergolak berikutan pemecatan CEO Sam Altman dan lebih 90% pekerja mengancam meletakkan jawatan sekiranya lembaga pengarah enggan mengundur diri. Dalam kegawatan ini, ChatPT produk mereka yang paling dikenali ramai hadir dengan ciri baharu menyokong perbualan dan jawapan diberikan dengan suara. Ia boleh digunakan semua pengguna ChatGPT secara percuma hari ini.

Sokongan ini diberikan dalam aplikasi ChatGPT untuk telefon pintar. Terdapat lima pilihan suara yang boleh digunakan iaitu Ember, Sky, Juniper, Cove dan Breeze. Pengguna boleh berbual dengan ChatGPT seperti berbual dengan seorang manusia. Jawapan yang diberikan juga tampil dengan pantas tidak seperti menggunakan ChatGPT versi teks.

Kesemua soalan dan jawapan yang diberikan oleh ChatGPT boleh disemak semula menerusi transkrip yang dihasilkan dan ia boleh diakses menerusi menu pada sebelah kiri aplikasi. Namun begitu sokongan untuk Bahasa Malaysia tiada pada waktu ini tetapi terdapat sokongan Bahasa Indonesia. Aplikasi boleh dimuat turun pengguna Android dan iOS sekarang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd