Carian
Procreate Dreams Kini Boleh Dibeli Pada Harga RM99.90
November 23, 2023 Effi Saharudin

Procreate Dreams akhirnya boleh dibeli serta dimuat turun hari ini khusus untuk iPad. Aplikasi animasi ini diumumkan pada Spetember lalu. Menerusi Procreate Dreams animasi dapat dihasilkan dalam bentuk lukisan, animasi sel tradisional, keyframe, pengkomposan dan juga digabungkan dengan video.

Seperti aplikasi Procreate sebelum ini, Procreate Dreams direka untuk digunakan menggunakan sentuhan sepenuhnya tidak seperti aplikasi animasi lain yang memerlukan papan kekunci dan tetikus.

Menurut pembangun Procreate Dreams, ciri dalam aplikasi mereka akan memberikan akses kepada animasi yang lebih mudah diakses, berkuasa dan memenuhi keperluan juruanimasi. Antara kemampuannya ialah menghasilkan animasi menggunakan vektor bersaiz 1 juta x 1 juta pixel dengan lapisan tanpa had. Ia turut dioptimasikan untuk digunakan bersama Apple Pencil.

Procreate Dreams boleh dibeli terus menerusi iPad App Store pada harga RM99.90 tanpa langganan bulanan.

Komen