Samsung Galaxy A35 Tertiris Dengan Perubahan Rekaan Yang Kecil
Amy Maizuraa
Tiada tarikh pelancaran rasmi namun berita mengenai peranti baharu Samsung Galaxy A35 mula diperkatakan sejak semalam. Ini berikutan tularnya imej pengolokan peranti menunjukkan perubahan rekaan yang kecil. Ia hanya boleh dilihat dengan jelas menerusi skrin berlubang kecil yang kelak digunakan. Di mana berbeza dengan generasi sebelum yang dilengkapi skrin bertakuk kecil Infinity-U.

Tubuh pula bagaimanapun keseluruhannya menyerupai rekaan yang biasa digunakan pada hampir kebanyakan peranti Samsung tahun ini. Sebanyak tiga sensor kamera secara menegak diletakkan pada panel belakang. Ini digabung juga dengan bingkai sisi melengkung bersama skrin utama sejenis rata sepenuhnya.

Cuma sayangnya butiran mengenai spesifikasi tidak pula didedahkan buat masa ini namun dipercayai boleh muncul dalam masa terdekat.
[info] Sumber – Steve H.McFly (@OnLeaks) [/info]