Huawei MatePad Pro 11″ 2024 Ialah Tablet Pertama Dengan Sokongan Komunikasi Satelit
Effi Saharudin
Apple, ZTE dan Samsung adalah tiga syarikat yang menawarkan ciri komunikasi satelit apabila tiada rangkaian selular ataupun WiFi. Ia amat berguna dalam situasi kecemasan. Selama ini ciri ini terhad kepada telefon pintar sahaja tetapi apabila dilancarkan pada 28 November kelak, Huawei MatePad Pro 11″ 2024 akan menjadi tablet pertama dengan ciri ini.

Kemampuan satelit ini diacah oleh Huawei menerusi akaun rasmi Weibo mereka. Selain MatePad Pro 11″ 2024, peranti he Huawei P60, P60 Pro, Mate 50, Mate X3, Mate X3 Pro, Mate Xs 2, dan Nova 11 Ultra turut diberikan kemampuan komunikasi satelit.
Sementara itu pengeluar Android yang lain masih belum menawarkan ciri yang sama. Beberapa minggu lalu sistem Snapdragon Satelite yang diperkenalkan awal tahun ini menghadapi masalah selepas Qualcomm dan Iridium menamatkan kerjasama mereka. Adakah ciri ini penting sebelum pembelian peranti dilakukan atau masih sekadar gimik?
[sumber] Gizmochina [/sumber]