iQOO 12 telah dilancarkan di China sebagai peranti kedua dengan cip Snapdragon 8 Gen 3. Sebagai sebuah peranti mercu, ramai pasti menantikan pelancarannya di Malaysia kelak. Pagi ini muncul berita baik di mana iQOO mengesahkan iQOO 12 akan menerima kemas kini tiga versi sistem operasi Android dan tampalan sekuriti selama empat tahun.

Walaupun masih tidak setanding tujuh tahun yang ditawarkan oleh Pixel atau 4+5 tahun pada peranti Samsung, ia adalah langkah yang betul oleh iQOO untuk memberikan sokongan jangka panjang. Turu disahkan ialah FuntouchOS 14 pada iQOO 12 akan mengurangkan jumlah aplikasi gendut. Tiada lagi folder Hot Apps dan Hot Games yang terpasang seperti pada peranti mereka sebelum ini.
iQOO 12 pasti akan dijual di Malaysia kerana telahpun melepasi pangkalan data SIRIM baru-baru ini. Dengan spesifikasi mercu dan pengecasan pantas, ia mungkin antara peranti menarik tahun ini apabila dilancarkan kelak.