Cari @ Amanz

Siri Samsung Galaxy S24 akan dilancarkan pada bulan Januari depan. Beberapa ura-ura yang tertiris mengatakan rekaan peranti akan kekal sama dengan siri Galaxy S23. Ura-ura ini mungkin benar berdasarkan imej sebenar Galaxy S24 Ultra yang tertiris menerusi akaun @DavidMa0536849 semalam.

Sekilas pandang seperti tiada langsung perbezaan tetapi kami dapat melihat skrin Galaxy S24 Ultra adalah rata. Tiada lagi lengkungan kecil pada kedua-dua sisi seperti pada Galaxy S23 Ultra. Itu sahaja perbezaan yang dapat dilihat. Kerana skrin tidak diaktifkan, sukar untuk mengesahkan bezel pada peranti baharu ini lebih nipis kali.

Samsung Galaxy S24 Ultra dilaporkan akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 dan mempunyai sokongan kecerdasan buatan (AI) tersedia Samsung Gauss. Siri Galaxy S24 akan menjadi peranti pertama Samsung yang dipasarkan sebagai peranti AI mereka. Saingan adalah semakin sengit buat Samsung kerana iQOO 12 Pro dan Xiaomi 14 telahpun dilancarkan dengan kemampuan yang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd