Tesla mengembangkan program membenarkan EV keluaran syarikat lain untuk menggunakan rangkaian pengecasan Supercharger mereka di Korea Selatan minggu ini. Sekitar separuh Supercharger di Korea Selatan kini dilengkapi penyesuai Magic Dock bagi menyokong kepala CCS1 yang digunakan kenderaan EV di Korea Selatan. Kenderaan Tesla menggunakan kepada pengecas NACS rekaan sendiri.

Ini adalah langkah seterusnya oleh Tesla yang juga membuka akses kepada Supercharger di Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Turki, New Zealand, Australia dan China. Ia akan memudahkan pemilik EV mencari port pengecasan tanpa perlu risau ia tidak sesuai dengan kenderaan yang mereka gunakan.
Di Malaysia Supercharger masih hanya dibuka kepada pemilik kereta Tesla sahaja. Tetapi dengan jumlah pengecas kenderaan elektrik yang masih agak terhad, kita hanya boleh berharap Tesla Malaysia akan melakukan perkara yang sama dengan negara-negara di atas.