Semakan menerusi laman pengesahan SIRIM hari ini mendapati terdapatnya peranti baharu Oppo yang disenaraikan. Ia merupakan Oppo Reno11 Pro 5G yang didaftarkan dengan kod nama CPH2607 oleh Jie Business Sdn Bhd. Seterusnya seperti biasa mana-mana peranti yang disenaraikan di laman tersebut memberikan petanda bahawa pelancaran di Malaysia boleh diadakan dalam masa terdekat.
Memandangkan peranti masih belum dilancarkan ke mana-mana pasaran global, soalan utama sudah semenstinya tertumpu pada spesifikasi dalaman. Masih belum jelas sama ada serupa dengan variasi di China atau sebaliknya. Namun sekiranya sama peranti boleh dilengkapi skrin AMOLED 120Hz, cip Snapdragon 8+ Gen 1, bateri 4,700mAh, sistem pengecasan 80W dan kamera utama 50MP.