Cari @ Amanz

Pada Mei lalu kami laporkan bahawa Google akan memulakan proses memadam akaun-akaun Gmail yang tidak lagi aktif bermula 1 Disember 2023. Akaun diklasifikasikan sebagai tidak aktif sekiranya tidak digunakan selama dua tahun.

Google Logo

Tindakan ini diambil kerana akaun yang tidak lagi aktif tidak mempunyai sistem sekuriti yang kukuh yang menyebabkan ia mungkin digodam. Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum tarikh 1 Disember dan kami ingin mengingatkan anda untuk memastikan kesemua akaun Gmail anda aktif bagi mengelakkan ia dipadam.

Google mengatakan akaun dianggap aktif sekiranya pemilik melakukan enam perkara di bawah.

  • Email dibaca atau dibalas
  • Menggunakan Google Drive
  • Menonton video YouTube
  • Memuat turun aplikasi di Google Play Store
  • Menggunakan Google Search
  • Menggunakan akaun Google untuk log masuk ke perkhidmatan pihak ketiga.

Google akan menghantar notifikasi beberapa bulan sebelum akaun dipadam. Ia akan dihantar kepada yang akan dipadam dan akaun yang digunakan untuk mengembalikan akses kepada akaun pertama sekiranya dinyatakan.

Selepas akaun dipadam, kesemua kandungan Google Gmail, Docs, Drive, Meet, Calendar dan Photos akan dipadam selama-lamanya dan tidak boleh dikembalikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd