Pada tahun 2021 New Zealand menjadi negara pertama di dunia yang ingin mengharamkan jualan rokok. Mengikut pelan asal, rokok tidak lagi boleh dijual kepada warga New Zealand yang dilahirkan selepas 2008. Langkah drastik ini diambil bagi membasmi terus tabiat merokok di negara mereka. Malaysia kemudiannya turut ingin melakukan perkara yang sama untuk mereka yang lahir selepas 2005 menerusi inisiatif GEG yang masih belum diluluskan.

Tetapi RUU SmokeFree yang diluluskan 2022 dan sepatutnya berkuatkuasa pada Julai 2024 kini dibatalkan oleh kerajaan New Zealand. Ini adalah kerana pengurangan kutipan cukai mencecah $1 bilion setahun daripada produk tembakau tidak dapat ditanggung oleh kerajaan.
RUU ini juga menerima tentangan daripada peniaga kedai runcit yang mengatakan subsidi yang diberikan kerajaan tidak mencukupi untuk menampung pengurangan jualan. Di bawah rancangan asal, jumlah kedai yang boleh menjual rokok akan berkurangan ke 600 sahaja berbanding 6000 sebelum ini.
Tindakan kerajaan New Zealand ini mendapat reaksi negatif daripada pelbagai agensi kerajaan dan NGO yang melihatnya sebagai tunduk kepada lobi penjual tembakau. New Zealand sepatutnya menjadi negara contoh untuk melihat sama ada langkah ini akan dapat menghapuskan amalan merokok seterusnya menyelesaikan isu kematian yang dapat dielakkan.
Diharap langkah New Zealand ini tidak diiukuti oleh Malaysia kelak kerana seperti di negara Lord of The Rings, merokok juga adalah sebab utama kematian yang boleh dielakkan.