Cari @ Amanz

Awal bulan ini, Google telah menghentikan sokongan Chrome untuk peranti Android 7.0/7.1 Nougat. Ini kerana sistem operasi ini telah berusia tujuh tahun dan tidak lagi menerima kemas kini sekuriti untuk perlindungan para pengguna. Terbaru, aplikasi Google Calendar turut dihentikan sokongannya untuk peranti-peranti ini.

Berbeza dengan Chrome yang masih boleh digunakan oleh pengguna walaupun tidak lagi menerima kemas kini versi baharu, Google Calendar mengeluarkan pemberitahuan kepada pengguna yang mereka harus mengemaskini peranti ke versi sistem operasi baharu. Ini bermakna pengguna perlu menukar ke peranti baharu yang sekurang-kurangnya menjalankan Android 8.0 Oreo atau menggunakan aplikasi kalendar lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd