Cari @ Amanz

Huawei MatePad Pro 11″ 2024 dilancarkan secara rasminya di China pada hari ini. Antara ciri menarik pada peranti adalah kemampuan melakukan komunikasi satelit secara dua hala dalam pelbagai situasi. Ini bermakna pengguna boleh menghantar dan menerima SMS melalui rangkaian satelit tanpa rangkaian mudah alih. Sekaligus turut menjadikannya sebagai tablet terawal yang menyokongnya setakat ini.

Dalam aspek lain tablet ini juga dilengkapi skrin OLED 120Hz sebesar 11-inci dan beresolusi 2560 X 1600 piksel. Sebagai tambahan ia juga menawarkan nisbah skrin ke badan mencapai 92%, kecerahan puncak 600nits dan kemampuan paparan sehingga 1.07 billion.

Sekali lagi butiran khusus mengenai cip pemprosesan seterusnya pilihan memori pula 12GB RAM dan storan mencapai 512GB. Bateri sebesar 8,300mAh juga dimuatkan pada tablet yang boleh dicas semula dengan pengecasan 33W. Kamera utama 13MP + 8MP dan swafoto sebesar 16MP turut disertakan sebagai pelengkap.

Tidak ketinggalan tablet juga serasi digunakan bersama stylus M-Pencil generasi ketiga yang juga dilengkapi NearLink Starlight Wireless Connection Technology untuk sambungan lebih baik. Harga jualan di China bermula RMB4,299 (~RM2,807) (12/256GB) dan RMB4,799 (~RM3,133) (12/512GB) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd