Carian
IQOO 12 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 6 Disember Ini
November 29, 2023 Amy Maizuraa

IQOO 12 merupakan peranti mercu baharu dan pengenalannya di Malaysia pada 6 Disember kelak mampu memberi persaingan pada peranti lain dalam segmen yang sama. Apa yang menarik ia juga menjadi peranti dengan Snapdragon 8 Gen 3 terawal di Malaysia seperti yang dilakukan oleh iQOO pada generasi sebelum ini.

Berkongsi lanjut iQOO mendedahkan peranti boleh ditawarkan di Malaysia dalam dua pilihan warna yang termasuk BMW M Motorsport Design. Seterusnya video yang sama turut mendedahkan keseluruhan reka bentuk pada peranti tetapi soalan utama sudah tentunya tertumpu pada harga jualan yang masih menjadi teka-teki setakat ini.

Untuk makluman bersama kami juga telah menerbitkan artikel dan video pandang pertama yang berkongsi sepenuhnya mengenai spesifikasi utama pada peranti. Justeru itu ada baiknya anda membaca dan menonton terlebih dahulu sementara menunggu pengumuman ketersediaan rasminya pada minggu hadapan.

Komen