Cari @ Amanz

Netflix mengatakan beberapa tahun yang lalu pesaing mereka bukanlah Disney+ atau platform penstriman yang lain. Sebaliknya pesaing mereka ialah Fortnite yang menunjukkan betapa besarkannya pengaruh permainan video di kala ini. Oleh itu Netflix Gaming ditubuhkan dengan permainan pada telefon pintar percuma ditawarkan kepada pelanggan tanpa kos tambahan.

Pada 14 Disember depan, permua popular Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition akan ditawarkan kepada pelanggan Netflix untuk peranti Android dan iOS. Permua ini terdiri daripada Grand Theft Auto III – The Definitive Edition , Grand Theft Auto : Vice City -The Definitive Edition dan Grand Theft Auto : San Andreas- The Definitive Edition yang telah menerima penambahbaikan grafik berbanding versi asal mereka. Pada waktu ini Netfix Gaming mempunyai pustaka lebih 80 permua yang boleh dimainkan percuma pada bila-bila masa sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd