Carian
Samsung Galaxy A24 Pula Menerima Kemas Kini Android 14
November 30, 2023 Fahim Zahar

Samsung Galaxy A24 adalah satu lagi telefon pintar kelas asas Samsung yang dijual di Malaysia pada harga RM999. Peranti ini hadir dengan skrin 6.5-inci Super AMOLED FHD+, dijana cip  Helio G99 yang dipadankan dengan memori dan storan 8/128 GB. Kamera pula adalah 50MP, OIS + 5MP + 2MP dengan kamera swafoto 13MP.

Selepas Galaxy A14 menerima kemas kini One UI 6.0 berasaskan Android 14, kini Galaxy A24 pula menerima kemas kini yang sama. Menariknya, kebanyakan ciri yang sama ditawarkan pada Galaxy S23 dengan One UI 6.0 turut boleh digunakan pada peranti ini. Buat masa ini, hanya pengguna di negara Timur Tengah dan Afrika Utara sahaja menerima kemas kini ini dengan negara lain akan menerimanya secara berperingkat.

Komen