Carian
GXBank Kini Dibuka Secara Rasmi – Boleh Dimuat-turun Dan Didaftar Oleh Semua
November 30, 2023 Nazrin

GX Bank, bank digital pertama di Malaysia hari ini telah mengumumkan bahawa perkhidmatan perbankan digital mereka telah dibuka secara rasmi, dimana aplikasinya boleh dimuat-turun dan pendaftaran telah dibuka oleh semua secara rasmi.

Anda hanya perlu ke Apple App Store ataupun Google Play Store untuk memuat-turun aplikasi GXBank tersebut dan kemudiannya melalui sedikit proses pendaftaran dimana mereka akan meminta anda untuk memasukkan butiran peribadi seperti nama penuh, alamat emel dan juga gambar kad pengenalan anda untuk melengkapkan proses pendaftaran akaun bank digital anda.

Pendaftaran ini hanya memakan masa beberapa minit sahaja, dimana pihak GXBank akan mengesahkan butiran anda, dan anda akan boleh menggunakan perkhidmatan perbankan digital ini dengan cepat sekali.

GXBank juga tampil dengan perkhidmatan dompet simpanan Saving Pockets yang membolehkan anda untuk menyimpan wang dengan pendapatan 3.0 peratus setahun dan membolehkan anda untuk menyimpan wang ini untuk pelbagai tujuan seperti pembelian kenderaan, wang percutian, wang kecemasan, pembelian rumah dan sebagainya.

Akan tetapi pihak GXBank telah mengesahkan bahawa simpanan ini tidak patuh syariah kerana lesen yang diberikan kepada mereka tidak menyokong simpanan syariah.

Disamping itu, GXBank juga telah memperkenalkan penawaran kad debit mereka yang mana anda boleh gunakan untuk tujuan pembayaran runcit tanpa perlu menggunakan peranti anda.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi GXBank di iPhone atau Android hari ini, dan mencubanya.

Komen