Carian
Microsoft Berminat Tawarkan Game Pass Di Konsol PlayStation Dan Nintendo
December 1, 2023 Effi Saharudin

 Adakah kelak pemilik konsol PlayStation dan Nintendo boleh menikmati pengalaman permainan yang sama seperti pemilik PC dan Xbox? Jawapannya mungkin ya kerana menurut Xbox CFO Tim Stuart mereka ingin menawarkan produk kepada sebanyak mungkin pelanggan menerusi Game Pass tidak kira sama ada ia di televisyen, konsol, PC dan juga peranti pesaing.

Beliau tidak pula berkongsi bilakah Game Pass akan mula ditawarkan kepada pengguna konsol Sony dan PlayStation. Tetapi ramai golongan gamer pasti ternanti-nanti ini menjadi realiti kerana tidak semestinya membeli perkakasan Microsoft bagi menikmati permainan Activision Blizzard, Mojang, dan Bathesda yang berada di bawah payung Microsoft.

Konsol Xbox jualannya lebih rendah jika dibandingkan dengan PlayStation dan Nintendo pada waktu ini. Jika permainan eksklusif pada konsol Xbox boleh ditawarkan kepada lebih banyak pelanggan menerusi Game Pass ia sebenarnya langkah yang menguntungkan Microsoft.

Komen