Apple Music ada Replay, Spotify pula ada Wrapped dan kini giliran YouTube Music pula dengan Recap yang turut merumuskan aktiviti pendengaran pengguna sepanjang tahun. 2023 Recap membawakan pengalaman yang sedikit berbeza kerana membenarkan pengguna mengubahsuai rekaan setiap laporan yang dipaparkan.
Pertama adalah imej kenit yang boleh ditukar mengikut citarasa pengguna, menurut YouTube Music ciri ini adalah untuk imaginasi pengguna membayangkan rumusan setahun dalam sebuah album tersendiri. Kemudian YouTube Music turut memperkenalkan analisa baharu iaitu rumusan muzik yang mengikut mood pengguna seperti seronok, tenang, cinta, tarian dan banyak lagi.
YouTube Music turut mengekalkan ciri integrasi dengan Google Photos, di mana pengguna boleh memadankan memori indah tahun ini dengan muzik yang bersesuaian. Untuk mengakses 2023 Recap pada YouTube Msuic, buka aplikasi YouTube Music pada peranti Android atau iOS, tekan gambar profil dan pilih Your Recap.