Pelancaran produk baharu semalam Meizu tidak melepaskan peluang berkongsi perancangan memasuki industri automotif dengan menawarkan kereta elektrik tersendiri. Ia kelak akan dikenali sebagai DreamCar MX dan diumumkan pada suku pertama tahun 2024 (Q1 2024).

Maklumat mengenainya agak terhad buat masa ini yang dikatakan menyokong perisian Flyme Auto serba baharu untuk kenderaan. Perisian tersebut telah diumumkan tahun lalu dengan antaramuka yang direka untuk pengalaman dan integrasi yang lancar dengan telefon pintar Meizu. Dalam pada itu reka bentuk diperlihatkan juga masih samar-samar disebabkan tiada yang disebutkan dengan jelas dan spesific tentangnya.

Pun begitu Meizu menegaskan bahawa kereta tersebut boleh menawarkan pengalaman yang baik. Bukan itu sahaja bahkan penglibatan syarikat induk Geely di dalam projek tersebut juga boleh memberi kepelbagaian manfaat.
- Sumber – ArenaEV