Samsung Nafi Dakwaan Penjenamaan Semula Cip Exynos
Amy Maizuraa
Tidak dapat dinafikan ramai pengguna yang sangat sensitif terhadap penggunaan cip Exynos pada sesebuah peranti Samsung. Lebih-lebih lagi apabila cip tersebut sering dipalitkan dengan isu prestasi khususnya masalah pemanasan yang melampau. Lebih menghangatkan keadaan apabila timbul pula desas-desus yang mendakwa Samsung akan menjenamakan semula barisan cip tersebut dengan nama baharu iaitu Dream Chip.

Sedar perkara itu menjadi bualan, Samsung tampil menafikan dakwaan itu menerusi laporan Android Authority. Katanya apa yang digembar-gemburkan mengenai penjenamaan semula itu tidak benar dan “Dream Chip” yang disebutkan hanyalah nama projek dalaman. Ini bermakna nama tersebut memang wujud tetapi tiada kaitannya dengan penjenamaan semula cip Exynos.
Menerusi perkongsian terkini sebahagian peranti Samsung Galaxy S24 telah disahkan menggunakan cip Exynos. Ini bermakna ada bahagian minoriti berpotensi dikuasai oleh pemproses Exynos 2400.
[info] Sumber –Androidauthority [/info]