Cari @ Amanz

Montana menjadi negeri pertama di Amerika Syarikat yang ingin mengharamkan operasi TikTok dengan ia akan dikuatkuasakan bermula 1 Januari 2024 depan. Tetapi mahkamah di Montana kini menghalang kerajaan negeri daripada meneruskan hasrat ini kerana didapati melanggar hak yang ditetapkan dalam perlembagaan serta kerajaan negeri telah melampaui kuasa yang diberikan.

TikTok App

TikTok mengeluarkan kenyataan rasmi gembira dengan keputusan mahkamah kerana membenarkan warga Montana untuk terus menggunakan hak bersuara, menjana pendapatan dan menyertai komuniti TikTok.

Menerusi pelan asal,Google dan Apple boleh didenda sehingga $10,000 sehari sekiranya membenarkan aplikasi dimuat turun menerusi stor mereka. TikTok juga boleh dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan yang sama. Individu yang memuat turun sebaliknya tidak akan dikenakan tindakan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd