Carian
Tiada Naik-Taraf Percuma Untuk Pengguna Maxis Home Fibre 30Mbps – Perlu Tambah RM10 Untuk Nikmati Kelajuan 100Mbps
December 3, 2023 Aman

Pada penghujung Oktober 2023 lepas, Maxis telah mengumumkan perubahan pada harga penawaran jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka, disamping mengumumkan penaik-tarafan kelajuan internet untuk pengguna sedia ada dengan kelajuan 100Mbps dan ke atas.

Kemaskini peningkatan kelajuan untuk pengguna sedia ada dilakukan secara berperingkat bermula November 2023 lepas. Namun, melalui FAQ di laman Maxis, hanya pengguna dengan kelajuan internet langganan 100Mbps ke atas sahaja yang akan menerima naik-taraf percuma. 

Sebaliknya, untuk pengguna pelan Maxis Fibre 30Mbps sedia ada, Maxis mengalakkan mereka menambah RM10 pada bil bulanan, dan menikmati kelajuan internet 100Mbps – yang mana secara tidak langsung membawa kepada peningkatan kelajuan sehingga 3 kali ganda. Apa pun, ia masih tertakluk kepada sokongan pada premis masing-masing – dan sekiranya anda menggunakan rangkaian VDSL, maka perlu nantikan sehingga ia dinaik-taraf dengan sokongan fiber.

Namun, walaupun tidak diterangkan oleh Maxis dalam FAQ sama, tetapi jikalau anda ingin kekalkan harga langganan sama pada harga RM89 sebulan seperti pakej 30Mbps sebelum ini, anda boleh membuat kontrak baharu untuk pakej 100Mbps, sekaligus memberikan anda rebat RM10 selama 24 bulan – menjadikan harga bil anda RM89 sebulan.

Mengikut pelan baharu, pakej 100Mbps ditawarkan pada harga RM99 sebulan, pelan 300Mbps pada harga RM139 sebulan, pelan 500Mbps pada harga RM159 sebulan, pelan 1Gbps pada harga RM249 sebulan, dan pelan 2Gbps pada harga RM319 sebulan.

Komen