Microsoft Copilot Kini Boleh Diakses Oleh Semua
Fahim Zahar
Selepas sekitar sembilan bulan Bing Chat diperkenalkan kepada umum, bulan lepas ia dijenamakan semula kepada Copilot agar selari dengan semua perkhidmatan AI generatif Microsoft seperti yang telah terbina pada Windows 11 . Kini selepas tahun 2023 hampir tamat, Microsoft ingin menyambut kejayaan mereka terhadap pembangunan AI generatif dengan memberi akses Copilot terbuka kepada semua yang ingin menggunakannya.

Perkhidmatan AI generatif ini boleh diakses di 169 negara dengan sokongan 105 bahasa pada pelayar web telefon pintar atau di desktop. Copilot kini tidak lagi dikategorikan sebagai produk percubaan, tetapi adalah produk stabil dengan janji akan terus menambah baik ciri dan fungsi pada Copilot.
[sumber] X – Ketua Jurutera Dan Produk Bing [/sumber]

Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.