Cari @ Amanz

Treler Grand Theft Auto VI (GTA 6) telah dilancarkan dua belas jam lebih awal daripada sepatutnya pagi ini selepas ia tertiris ke arena web. Menerusi treler yang dikongsi, ia mengesahkan siri GTA akan kembali ke Vice City buat pertama kali sejak GTA: Vice City dari tahun 2002.

Berdasarkan treler yang sama, kita dapat melihat watak utama permainan tahun ini ialah seorang wanita yang baru dilepaskan daripada penjara. Tidak diketahui sama ada GTA 6 akan mengikuti perjalanan hidup beliau selepas atau sebelum dipenjarakan. Tiada petunjuk lebih daripada satu watak boleh dikawal seperti GTA V sebelum ini.

Turut menarik ialah terdapat media sosial seakan TikTok di dalam permainan dengan pemain boleh mengikuti akaun pempengaruh media sosial ataupun pihak polis sendiri. Dari segi peta pula, dapat dilihat kawasan pulau dari GTA Vice City kembali bersama kawasan luar bandar yang jauh lebih besar. Di akhir treler, GTA 6 disahkan akan dilancarkan pada tahun 2025 dengan ia menamatkan penantian selama 12 tahun untuk permainan GTA baharu.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd