Cari @ Amanz

Tiga tahun lalu Facebok membenarkan penghantaran mesej rentas platform antara Messenger dan Instagram. Dengan ini pengguna Facebook masih boleh menghubungi rakan yang lebih menggemari menggunakan Instagram tanpa sebarang isu. Tetapi menurut FAQ terkini yang diterbitkan oleh Meta, sokongan rentas platform ini akan dihentikan pada pertengahan bulan ini.

Tiada sebab diberikan mengapa ciri berguna ini dihentikan oleh Meta. Tetapi ia mungkin berkait rapat dengan keperluan Digital Markets Acts (DMA) oleh Kesatuan Eropah (EU) yang memerlukan platform media sosial utama menyokong penghantaran mesej rentas platform yang lebih besar. Adakah ini persediaan Meta untuk menambah sokongan aplikasi pemesejan lain pada Instagram dan Messenger dalam masa terdekat?

Selepas sokongan rentas platform ini dimatikan perbualan baharu tidak boleh lagi dilakukan. Mesej yang dihantar sebelum ini pula tidak lagi boleh diteruskan dan hanya sekadar boleh dibaca.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd