Carian
Meituan Mengesahkan Tidak Berminat Mengambil-Alih FoodPanda
December 6, 2023 Aman

Delivery Hero sebelum ini telah mengesahkan mereka sedang mempertimbangkan untuk menjual operasi perkhidmatan penghantaran makanan FoodPanda di rantau ini, termasuk untuk pasaran Malaysia. Sejak daripadanya, beberapa nama telah timbul menyatakan mungkin mengambil-alih operasi FoodPanda.

Antara yang dinamakan adalah Meituan – gergasi perkhidmatan makanan di China. Namun, kini melalui kenyataan rasmi yang dikongsikan pihak Meituan, mereka menyatakan tidak berminat untuk mengambil-alih operasi FoodPanda.

Pasaran FoodPanda dikatakan sangat kecil, hanya sekitar 6% pasaran China sahaja. Ini mungkin membuatkan Meituan tidak berminat dengannya.

Dengan perkara ini, maka kini tinggal nama Grab yang dikatakan mungkin mengambil-alih FoodPanda, sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam pasaran tempatan.

Komen