Cari @ Amanz

Sistem operasi Windows 10 akan dihentikan sokongan kemas kini secara rasmi bermula 14 Oktober 2025. Menurut perancangan asal tiada lagi versi baharu dan tampalan sekuriti akan ditawarkan selepas tarikh tersebut. Tetapi hari ini Microsoft mengatakan sokongan tampalan sekuriti bulanan akan disambung selama tiga tahun lagi secara bayaran tahunan.

Pelan Extended Security Updates (ESU) ini ditawarkan kepada syarikat dan juga pengguna individu dengan bayaran adalah untuk setiap mesin yang ingin terus disokong. Walaupun Windows 10 tidak lagi menerima versi baharu selepas Windows 10 22H2, masih terdapat 1 bilion komputer masih menggunakan sistem operasi ini. Windows 11 pada ketika ini hanya digunakan 400 juta komputer.

Dengan ESU pemilik komputer boleh meneruskan penggunaan komputer Windows 10 selama tiga tahun lagi sebelum perlu membeli komputer baharu. Microsoft belum lagi berkongsi bayaran yang akan dikenakan kepada pelanggan ESU apabila ia ditawarkan kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd