Cari @ Amanz

Semalam internet meletup selepas treler pertama Grand Theft Auto VI (GTA 6) dilancarkan lebih awal selepas ia tertiris ke X. Dalam masa 24 jam jumlah tontonan treler ini pada saluran Rockstar telah melebihi 90 juta sekaligus menjadikannya yang paling pantas mencecah angka ini untuk sebuah permainan video. Di akhir treler, GTA 6 disahkan akan tiba ke konsol pada tahun 2025. Tetapi bilakah ia akan tiba ke PC?

Masih tiada jawapan rasmi daripada Rockstar mengenai tarikh pelancarannya ke PC. Besar kemungkinan selepas 2026 memandangkan GTA 5 hanya tiba ke PC 574 hari selepas ia dilancarkan di konsol PS3 dan Xbox 360. Jika melihat kepada permainan terakhir Rockstar iaitu Red Dead Redemption 2 pula versi PC hanya tiba 375 selepas versi konsol dilancarkan.

Maka besar kemungkinan GTA 6 versi PC akan tiba paling awal pada tahun 2027. Walaupun tiba agak lewat, versi PC ialah penjana pendapatan tertinggi kepada pembangunnya menerusi GTA Online. Walaupun sudah berusia lebih sedekad, GTA 6 masih antara permainan paling laku di pasaran dengan jualan mencecah 180 juta unit setakat ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd