Carian
Spesifikasi Samsung Galaxy A25 5G Tertiris – Kamera 50MP OIS Dan Bateri 5000mAh
December 7, 2023 Amy Maizuraa

Samsung Galaxy A25 5G dijangka boleh dilancarkan dalam masa terdekat. Ia berikutan tularnya beberapa tangkap layar mengenainya dengan butiran spesifikasi utama gak terhad. Sebahagian besar rekaannya masih sama dengan model terdahulu yang menggunakan skrin bertakuk kecil dan tri-kamera di belakang.

Skrin Super AMOLED 6.5″ juga masih digunakan tetapi peranti dijangka lebih ringan berbanding sebelum ini. Konfigurasi kamera pula terdiri dengan 50MP utama OIS + 8MP ultra-lebar + 2MP makro. Terdapat peningkatan pada sensor ultra lebar yang lebih besar berbanding 5MP digunakan pada Galaxy A24.

Bateri 5000mAh juga akan disertakan yang menyokong pengecasan 25W. Kemudian rangkaian 5G terbina turut ditawarkan melalui cip binaan 5nm yang tidak didedahkan secara khusus. Pun begitu ada kebarangkalian cip Exynos 1280 boleh digunakan untuk kali ini.

Komen