Kecerdasan buatan (AI) Grok kini boleh diakses pelanggan X Premium+. Grok telah dilatih menggunakan data pengguna X selama dua bulan dengan ia dihasilkan untuk memberi jawapan dalam bentuk jenama dan sarkastik tidak seperti AI lain di pasaran sekarang. Pengumuman akses kepada Grok dibuka kepada pelanggan X Premium+ telah dilakukan oleh Elon Musk pagi ini.
Grok hanya boleh diakses di Amerika Syarikat sahaja pada waktu serta boleh diakses pada X versi web, Android dan iOS. Ia juga hanya menyokong interaksi menerusi teks dan tidak multi modal seperti ChatGPT atau CoPilot. Tetapi ia mempunyai kemampuan untuk memberikan maklumat berita secara masa nyata.