Carian
Google Podcast Akan Ditamatkan Pada April 2024
December 8, 2023 Fahim Zahar

Beberapa bulan lepas, telah kami laporkan yang Google Podcast akan ditamatkan pada tahun 2024 kerana YouTube Music akan mula megintegrasikan podsiar. Semalam Google telah mengeluarkan kenyataan bahawa Google Podcast akan menamatkan operasi pada April 2024. Google turut akan mengedarkan alat bagi membantu pengguna memindahkan data podsiar ke YouTube Music atau platform podcast lain.

Google memberi tempoh sehingga Julai 2024 untuk pengguna memindahkan data-data podsiar. Pengguna turut kelak boleh menambah rancangan podsiar kegemaran melalui suapan RSS. Buat masa ini sokongan podsiar pada YouTube Music masih terhad di negara Amerika Syarikat, Kanada dan Amerika Latin. Tetapi Google menjanjikan ia akan ditawarkan ke peringkat global sebelum tahun 2023 berakhir.

Komen