Carian
Anda Kelak Boleh Kongsi Gambar HD Ke WhatsApp Status
December 8, 2023 Fahim Zahar

Sejak Ogos lepas, aplikasi WhatsApp telah mula menyokong perkongsian gambar HD tanpa perlu menggunakan kaedah menghantar dokumen. Sebulan kemudian, video HD pula boleh dikongsi dengan mudah. WhatsApp dilihat menyedari yang ramai pengguna menggemari ciri ini dan kini mula menguji untuk mengembangkannya kepada WhatsApp Status.

WABetaInfo menemui bukti yang ciri ini masih dalam peringkat awal pembangunan. Pengguna kelak boleh berkongsi gambar dengan resolusi yang lebih tinggi ke ciri seakan Stories ini. Buat masa ini masih tidak pasti bila ciri ini akan diedarkan kepada orang ramai, kerana Status masih mempunyai pengguna setianya. Mungkin selepas gambar, video HD pula akan turut boleh dikongsi di Status? Apa pendapat anda mengenai ciri ini?

Komen