Disney+ sudah beroperasi selama empat tahun tetapi masih belum mampu mencatatkan keuntungan untuk Disney. Antara cara mereka meningkatkan pendapatan ialah menawarkan langganan dengan sokongan iklan. Tetapi bagi meningkatkan lagi pendapatan Disney+ mungkin akan menawarkan permainan video dan ciri edagang dalam masa terdekat.
Menurut laporan Variety yang memetik kenyataan Rita Ferro yang merupakan presiden bahagian perniagaan dan pengiklanan Disney, terdapat perancangan menawarkan permainan video serta ciri edagang secara terus di dalam perkhidmatan Disney+. Sebagai contoh produk yang diiklankan di dalam Disney+ boleh dibeli terus dari dalam aplikasi. Begitu juga dengan produk berkaitan IP Disney turut boleh ditawarkan kepada pelanggan secara terus.
Mengenai permainan video pula, tumpuan diberikan kepada permainan muda alih pada telefon pintar. Ini adalah strategi yang sama dilakukan oleh Netflix yang menawarkan permainan percuma kepada pelanggan tanpa perlu membeli pakej tambahan.