Cari @ Amanz

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sebentar tadi mengeluarkan kenyataan mengesahkan laman mereka telah menjadi mangsa serangan penggodam pada Sabtu lalu. Pelan pengurusan krisis diaktifkan pada hari sama, dengan unit teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) digerakkan bagi tujuan pemulihan sistem. PERKESO menekankan operasi harian mereka tidak terjejas. Segala pembayaran faedah, pampasan dan pencen ilat kepada pencarum serta waris terbabit akan tetap dilaksanakan mengikut tempoh diperuntukkan.

Hasil penelitian awal PERKESO mendapati kesahihan data yang dicuri oleh penggodam amat diragui, tidak lengkap dan telahpun luput. Ini adalah kerana satu kluster data yang dicuri tidak pernah dicerap oleh PERKESO sejak agensi ini ditubuhkan pada Oktober 1971. Serangan pada Sabtu lalu juga bukan kali pertama sistem mereka diserang dengan kali terakhir cubaan dilakukan ialah pada bulan September tetapi berjaya dipatahkan.

Pihak berkongsi telahpuh berkongsi maklumat forensik kepada pihak berkuasa demi mengelakkan serangan yang sama turut berlaku terhadap agensi-agensi kerajaan yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd