Cari @ Amanz

ASUS ROG adalah siri peranti untuk permua yang masih lagi berdiri sedangkan pesaing mereka Razer, Black Shark dan Legion telah berkubur menanti menanti respawn. Kehadiran ASUS ROG Phone 8 bukan lagi misteri kerana pelbagai maklumat mengenainya telah tertiris. Kini ASUS sendiri mengesahkan pelancaran telefon pintar mercu gaming ini akan tiba tidak lagi lagi dengan mengacah rekaan panel belakang.

Terdapat sebuah bonggol kamera yang agak besar dan terkeluar daripada tubuh di belakang peranti. Gambar asal yang dikongsi agak gelak tetapi jika imej disunting lebih banyak maklumat dapat dilihat seperti tri-kamera dan USB-C pada sisi. Tiada lubang udara aktif dapat dilihat di belakang seperti yang wujud pada ROG Phone 7 Ultimate ataupun sistem lampu RGB.

Lebih banyak maklumat mengenai peranti ini akan dikongsi dalam masa terdekat. Sebagai peranti gaming pasti ia akan mempunyai butang bahu dan spesifikasi yang tinggi. Kita sudah mula melihat peranti mercu Android biasa dengan 24GB RAM tahun ini dan dilengkapi kebuk wasap penyejukan gergasi. Apakah inovasi yang bakal diperkenalkan oleh ROG Phone 8 kelak?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd