Carian
Realme GT3 240W Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 20 Disember 2023
December 11, 2023 Amy Maizuraa

Realme secara rasminya berkongsi tarikh pelancaran rasmi untuk GT3 240W di Malaysia. Ia dijadualkan berlangsung pada 20 Disember 2023 yang sudah semestinya penawaran penuh termasuk harga jualan akan diumumkan bersama. Agak mengejutkan juga sebenarnya selepas hampir sembilan bulan diumumkan baru kini peranti memasuki pasaran tempatan.

Untuk spesifikasi peranti boleh dilengkapi dengan skrin 6.74″ OLED 1.5K dan berkadar segar semula 144Hz. Ini digabung juga dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, kamera utama 50MP IMX890 + 8MP sudut ultra-lebar + 2MP mikroskop dan swafoto 16MP. Bateri 4600mAh disertakan boleh dicas semula dengan port USB-C dan sistem pengecasan pantas 240W.

Komen