Carian
Fahmi Fadzil Kini Memegang Jawatan Menteri Komunikasi
December 12, 2023 Effi Saharudin

Rombakan kabinet pagi ini membawakan perubahan besar kepada Kementerian Komunikasi Digital yang kini dipecah kepada dua iaitu Kementerian Digital dan Kementerian Komunikasi. Fahmi Fadzil kini memegang jawatan baharu Menteri Komunikasi sementara Gobind Singh kini kembali semula ke dalam kabinet sebagai Menteri Digital.

Teo Nie Ching pula kekal di bawah Fahmi memegang jawatan timbalan Menteri Komunikasi. Bidang kerja dan pembahagian penuh dua kementerian yang baru ditubuhkan ini masih belum dijelaskan pada waktu ini. Besar kemungkinan Kementerian Digital akan lebih menjurus kepada urus tadbir melibatkan syarikat telekomunikasi dan polisi berkaitan. Sementara itu Kementerian Komunikasi pula akan lebih ke arah penyiaran.

Komen