Cari @ Amanz

Adakah anda pernah membuka aplikasi iTunes Store id iPad atau iPhone? Ia merupakan satu lagi gedung digital Apple cuma ia menawarkan kandungan digital seperti filem, siri TV, muzik-muzik dan nada dering berbanding App Store untuk aplikasi.

Terbaru, selepas kotak TV Apple menerima kemas kini tvOS 17.2 – aplikasi Apple TV telah dikemaskini dengan antaramuka baharu. Ia kini menjadi hab penstriman yang menggabungkan banyak platform penstriman video lain dalam satu aplikasi. Bukan itu sahaja, jika pengguna ingin membeli atau menyewa siri TV anda kini hanya boleh melakukannya melalui Apple TV kerana iTunes Store telah menjadi gedung muzik dan nada dering sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd