Carian
Google Wallet Kini Menambah Sokongan Untuk Kad Kredit AmBank
December 12, 2023 Aman

Google Wallet merupakan perkhidmatan dompet digital yang disertakan pada telefon Android, sekaligus membolehkan pengguna menambah kad kredit atau debit, seterusnya melakukan transaksi pembayaran dengan menyentuh telefon pada terminal pembayaran di kedai.

Sokongan Google Wallet di Malaysia telah diperkenalkan tidak lama sebelum ini, dengan sokongan sejumlah bank – termasuk CIMB, Hong Leong Bank, HSBC, Public Bank, Wise dan juga Standard Chartered.

Terbaru, turut menambah sokongan untuknya adalah AmBank. Pengguna AmBank yang menggunakan kad kredit Mastercard atau Visa, kini boleh menambah kad pada Google Wallet dan menggunakannya dalam transaksi pembayaran harian.

Untuk makluman, selain kad bank, anda juga turut boleh menambah kad ganjaran seperti Bonuslink pada Google Wallet.

Komen