Cari @ Amanz

Lama berita Korea Selatan The Elec telah melaporkan yang Samsung Display kini menstruktur semula bahagian mikroOLED untuk peranti realiti gabungan dan bahagian skrin bolehk-lipat. Ia dikatakan adalah strategi persediaan awal untuk dua kategori peranti ini membanjiri pasaran tidak lama lagi.

Samsung Display dikatakan turut akan memperkukuhkan pasukan yang akan mengendalikan peranti boleh-lipat Apple, mengubah semula pasukan yang melakukan pembangunan skrin peranti kecil dan bersaiz sederhana. The Elec turut menambah Samsung kini sedang membangunkan skrin OLED 20.5-inci untuk Apple bagi bersaing dengan LG Display yang turut cuba memenangi kontrak menjadi pembekal Apple.

Peranti dengan skrin boleh-lipat Apple seperti MacBook dijangka hanya akan tiba pada tahun 2026 nanti. Sementara ada yang menyatakan satu peranti boleh-lipat Apple akan tiba sealam tahun 2025. Sama-sama kita nantikan dan melihat siapakah akan menjadi pembekal sebenar. Adakah Samsung, LG atau BOE?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd