Carian
Model Microsoft Phi-2 Dilancarkan Untuk Dijalankan Pada Telefon Pintar
December 13, 2023 Effi Saharudin

Gemini Nano ialah model LLM Google yang kini dijalankan terus pada peranti Pixel 8 Pro. Dengan ini kecerdasan buatan (AI) terbina pada telefon pintar tanpa perlu sokongan internet dapat dilakukan. Hari ini Microsoft mengumumkan model model bahasa kecil (SLM) Phi-2 mereka yang juga cukup kecil untuk dijalankan terus dari peranti pintar mudah alih.

Menurut Microsoft, walaupun Phi-2 hanya menyokong 2.7 bilion parameter prestasinya lebih baik berbanding Llama-2 dan Mistral masing-masing menyokong 7 bilion parameter. Prestasinya juga lebih baik dalam beberapa ujian apabila dibandingkan dengan Gemini Nano yang mempunyai 3.2 bilion parameter. Phi-2 boleh dijalankan terus pada peranti mudah alih seperti telefon pintar dan komputer riba.

AI tersedia pada peranti mempunyai beberapa kelebihan selain tidak memerlukan sambungan internet. Ia boleh dilatih dengan data peribadi setiap pengguna pada peranti mereka. Setiap pembantu maya ini akan lebih memahami kehendak pengguna. Kerana data tidak memerlukan internet, ia juga disimpan rapi dalam peranti tanpa perlu risau mengenai isu privasi.

Komen