Bank digital GX Bank Berhad (GXBank) kini mempunyai 100,000 pengguna hanya selepas dua minggu ia dilancarkan sejak November lalu. Ia dianggap sebagai pencapaian yang baik dan membuktikan penerimaan terhadap aplikasi tersebut amat menggalakkan.

Ia juga diyakini akan terus mengalami trend yang bertambah baik dari masa ke masa selaras dengan pelbagai perkhidmatan yang disediakan. Misalnya seperti kemudahan transaksi nirtunai, dan dompet simpanan Saving Pockets dengan pendapatan 3% setahun.

Selain turut terdapat pelbagai faedah yang disediakan buat pemegang kad debit GXBank seperti pengecualian caj RM1 bagi pengeluaran dana, rebat tunai 1% tanpa had pada semua transaksi nirtunai untuk transaksi asing dan perolehan mata GrabRewards.
Aplikasi GXBank telah tersedia di Google Play Store dan Apple App Store untuk pendaftaran. Namun perlu ditegaskan bahawa simpanan ini tidak patuh syariah kerana lesen yang diberikan tidak mematuhi sebarang piawaian pematuhan syariah.