Cari @ Amanz

Maxis telah pun menawarkan akses rangkaian 5G sejak Ogos lalu. Tetapi pengguna perlu membayar RM10 sebulan atau terus tukar ke pelan baharu untuk menggunakannya. Maxis turut memberi data tambahan jika hanya menggunakan 5G, misalnya jika pelan anda adalah Maxis Postpaid 79 – 4G/5G 80GB dan 5G pula 40GB.

Terbaru, Maxis telah meningkatkan kuota data 5G tanpa sebarang kos tambahan. Berikut adalah jumlah data mengikut pelan yang ditawarkan;

PelanKuota
Maxis Postpaid 7980GB 4G/5G
80GB 5G
Maxis Postpaid 109100GB 4G/5G
200GB 5G
Maxis Postpaid 139120GB 4G/5G
360GB 5G
Maxis Postpaid 169150GB 4G/5G
600GB 5G
Maxis Postpaid 199200GB 4G/5G
1000GB 5G

Kuota baharu akan diaktifkan bermula 14 Disember secara berperingkat sehingga 20 Disember. Menariknya jika anda sudah menggunakan kuota anda, Maxis akan memberikan kuota baharu ini secara penuh dan ia tidak akan ditolak dengan penggunaan sedia ada. Pengguna turut akan menerima SMS sebagai pengesahan kuota baharu telah diaktifkan.

Sebagai makluman tambahan, perubahan baharu ini hanya akan terkesan kepada pengguna yang tidak melanggan pelan Maxis Broadband Fibre atau 4G WiFi yang sudahpun menerima kuota tanpa had.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd