Carian
Lebih 9000 Kenderaan Elektrik Telah Didaftar Di Malaysia Pada Tahun 2023 Ini
December 13, 2023 Aman

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fokus diberikan terhadap penggunaan kenderaan elektrik yang dikatakan sebagai lebih mesra alam. Menyentuh mengenainya, kini ia dikongsikan lebih 9000 kenderaan elektrik baharu telah didaftarkan sepanjang 2023 ini.

Secara keseluruhan, sejak tahun 2011 yang lepas, terdapat lebih 12,000 kenderaan elektrik telah didaftarkan setakat ini. Angka ini sekaligus memperlihatkan lonjakan pembelian dan penggunaan kereta elektrik dikalangan pengguna tempatan – yang mungkin akan menjadi trend pada tahun-tahun akan datang.

Namun, sekiranya dibandingkan dengan angka keseluruhan kenderaan berdaftar, peralihan ke kenderaan elektrik masih jauh lagi. Setakat sepuluh bulan pertama 2023, sejumlah 647,000 kenderaan telah didaftarkan di Malaysia.

Kerajaan sedia melaksanakan beberapa kempen dalam mengalakkan peralihan ke kenderaan elektrik – termasuk rebat untuk pembelian motosikal elektrik. Kerajaan sendiri menyasarkan sekitar 20% daripada jualan kereta di Malaysia adalah kereta elektrik menjelang 2030 kelak.

Komen