Cari @ Amanz

Nampaknya Apple masih tidak berpuas hati dengan Beeper kerana kini mereka menghalang semula pengguna Beeper Mini selepas beberapa hari perkhidmatan menggunakan iMessage pada peranti Android ini dikembalikan. Bukan itu sahaja, mereka turut dikatakan menghalang pengguna Beeper Cloud.

Menurut kenyataan Beeper di Twitter, setakat ini hanya kurang 5% pengguna Beeper Mini yang terkesan dengan isu ini. Jalan penyelesaian sementara adalah membuang aplikasi dan memasangnya semula. Sementara pada Beeper Cloud yang menggunakan kaedah log masuk ke pelayan Mac boleh diselesaikan dengan menghubungi wakil Beeper.

Beeper Mini adalah kali pertama sebuah aplikasi pemesejan berjaya membenarkan pengguna Android menggunakan iMessage tanpa akaun Apple ID dan tidak menggunakan pelayan Mac. Walau bagaimanapun, buat sementara waktu pengguna wajib menggunakan Apple ID. Perkhidmatan ini percuma digunakan tetapi selepas Beeper Mini kembali beroperasi digunakan tanpa akaun Apple ID pengguna akan dikenakan caj RM9.99 sebulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd