Netflix Games adalah permua Android dan iOS yang boleh diakses melalui aplikasi Netflix. Netflix hari ini telah mengumumkan pelanggan kini boleh bermain sebanyak 86 permua, termasuk GTA III, GTA Vice City dan GTA San Andreas yang diumumkan beberapa minggu lalu. Jika anda rasakan 86 adalah jumlah yang kecil, 90 permua lagi kini dalam pembangunan dan dijangka tiba tahun hadapan.

Bukan itu sahaja, Netflix turut menyatakan aplikasi mereka turut akan menyarankan pengguna permua terbaik berdasarkan corak penggunaan. Pada masa yang sama, Netflix Games kelak boleh dimainkan di televisyen dan juga di web – tetapi ia masih dalam peringkat ujian untuk untuk pengguna Amerika Syarikat, UK dan Kanada. Versi TV dan web akan mempunyai permua yang terhad kerana memerlukan sokongan alat kawalan.
Antara yang masih dalam pembangunan dan dijangka tiba tahun 2024 adalah;
- Cozy Grove: Camp Spirit
- FashionVerse
- Game Dev Tycoon
- Sonic Mania Plus
- Braid, Anniversary Edition (30 April)
- Chicken Run: Eggstraction
- The Dragon Prince: Xadia
- Dumb Ways to Survive
- Hades
- Harmonium: The Musical
- Katana Zero
- Money Heist: Ultimate Choice (4 Januari)
- Monument Valley 1 & 2
- Netflix Stories: Virgin River
- Paper Trail
- The Rise Of The Golden Idol
- Rebel Moon oleh Super Evil Megacorp – berdasarkan filem baharu Netflix oleh Zack Snyder.
- Squid Game berdasarkan siri K-Drama popular Netflix – 4 permain bertanding sesama sendiri.