Cari @ Amanz

ASUS telah melancarkan komputer riba Zenbook 14 OLED (UX3405) baharu yang dikuasakan oleh pemproses sehingga Intel Core Ultra 7 155H. Kemudiannya digabung juga GPU Grafik Intel Arc bersama pilihan memori sehingga 16 GB LPDDR5x 7467 MHz RAM dan storan 1 TB PCIe Gen 4 SSD.

Selain itu komputer riba ini mempunyai paparan OLED 3K (2880×1800 piksel) sebesar 14″ dengan kadar segar semula 120Hz. Sebagai tambahan ia juga menawarkan nisbah skrin-ke-badan 87%, kecerahan puncak 550 nits dan gamut warna sRGB 100%.

Terdapat juga kamera HD penuh dengan penutup fizikal, sistem audio diperakui Harmon Kardon/DolbyAtmos dan bateri 75Wh yang boleh dicas menggunakan pengecasan 65W. Pilihan I/O disediakan pula termasuk 2 x Thunderbolt 4 Type-C, 1 x USB 3.2 Gen 1 Type-A, 1 x HDMI® 2.1 (TMDS) dan bicu audio 3.5mm.

Harga jualan bermula $1,399 (~RM6,523) untuk versi Intel Core Ultra 5, kemudian meningkat pula kepada $1,599 (~RM7,456) untuk Intel Core Ultra 7. Ia juga disahkan akan tiba di Malaysia namun tarikh masih dirahsiakan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd