Cari @ Amanz

OnePlus 12 hari ini telah dilancarkan di China pada 5 Disember lalu. Ia merupakan antara peranti mercu OnePlus yang paling berkuasa setakat ini selepas OnePlus Open. Peranti ini hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 3, mempunyai RAM mencapai 24GB RAM LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 4.0 dan bateri 5400 mAh yang menyokong pengecasan 100W.

Kamera terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP dengan OIS, ultra sudut lebar 48MP, telefoto dengan zum periskop 3X 64MP OIS dan kamera swafoto 32MP. Sokongan mod sinematik dan XPAN turut dikekalkan bersama-sama dengan kemampuan merakam video 8K 24FPS. OnePlus sekali lagi tidak menggunakan sensor 1″.

OnePlus turut telah mengumumkan yang peranti ini akan dilancarkan untuk pasaran global pada 23 Januari 2024. Menariknya, bukan sahaja peranti OnePlus 12 akan dilancarkan pada tarikh ini tetapi juga adalah OnePlus 12R yang akan menjadi kali pertama siri R diperkenalkan untuk pasaran luar India dan China.

Di China, OnePlus 12 dijual pada harga sekitar bermula RM2,826 untuk 12/256 GB dan boleh mencapai sehingga RM3,811 untuk 24/1000 GB. Sama-sama kita nantikan bulan Januari nanti untuk maklumat lanjut mengenai kehadiran peranti ini di pasaran global dan juga di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd